Nampaknya ini berita kurang menyenangkan buat mereka yang fobia atau takut dengan lipas dimana satu kajian dari Amerika Syarikat mendapat lipas kini semakin sukar dibunuh dengan racun serangga.

Menurut kajian terbaru dari University Purdes, lipas Blattella Germanica L, iaitu spesies umum serangga itu juga semakin kebal dan berjaya meningkatkan ketahanan diri.

BACA: Lelaki Dedah Setahun Bercinta Dengan Lipas Bernama Lisa

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan, lipas itu tidak dapat dikurangkan sepanjang tempoh enam bulan walaupun menggunakan beberapa campuran insektisida (bahan kimia racun untuk membunuh serangga).

Malah kajian yang diterbitkan dalam jurnam Scientific Reports itu mendedahkan ketahanan lipas juga semakin meningkat enam kali ganda dalam satu generasi.

“Ini merupakan cabaran yang belum dapat direalisasikan untuk lipas.

“Lipas kini membina ketahanan terhadap pelbagai kelas insektisida sekaligus menyebabkan kawalan ke atas serangga perosak ini hampir mustahil dilakukan dengan bahan kimia,” kata Profesor Michael Scharf dari University Purdue.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Laporan Saintifik itu memfokuskan spesis Blatella germanica L yang boleh ditemui di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lagu Jepun Nyanyian Nenek Comel Tarik Perhatian
Demi Ibu, Lelaki Sanggup Jadi Wanita

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Goreng Cili Padi