Sebut saja petai, pasti ramai tahu ulam tersebut mempunyai bau yang busuk. Tak hairanlah jika ada yang tidak menggemari ulam petai ini. Meskipun mempunyai bau kurang enak tetapi banyak khasiatnya.

Jangan terkejut jika makan petai boleh mengurangkan tekanan dan paling tak sangka ulam petai dapat membantu anda berhenti merokok. Selain rasanya yang sedap, ini antara kebaikan petai yang anda perlu tahu.

BACA: Ini Cara Buat Sambal Tumis Tempoyak Petai Pedas Paling Sedap!

1. Kurangkan Stress

Petai mengandungi sejenis amino acid yang dikenali sebagai tryptophan. Kandungan ini sebenarnya berfungsi sebagai mengimbangi mood korang. Jadi, kalau korang stress cubalah makan petai.

2. Mencegah serangan strok

Penelitian dibuat oleh The New England Journal of Medicine, para pengkaji mendapati amalan makan petai boleh mengurangkan risiko serangan strok dan baik untuk kesihatan.

3. Awet muda

Pasti ramai tertanya-tanya apa rahsia orang dulu-dulu kelihatan muda dan sihat je. Dengan makan petai ia dapat menjadikan wajah anda kelihatan awet muda dan sentiasa segar. Tak perlu lagi produk mahal untuk menjaga kulit wajah.

4. Membantu anda berhenti merokok

Mesti ramai tak percaya kan? Petai mengandungi vitamin B6, vitamin B12, kalium dan magnesium dimana kandungan-kandungan ini boleh membantu mengurangkan nafsu untuk merokok.

5. Membantu membaiki sistem pencernaan

Menerusi informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abd. Manap, kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh, dan memperbaiki sistem penghadaman.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥