Antara menu yang lazim disajikan pada Aidilfitri ini adalah nasi himpit yang boleh dimakan bersama kuah lodeh, kuah kacang, rendang ataupun serunding. Bahkan ia juga boleh disajikan sebagai pelengkap sate.

BACA: Chef Wan ’Tegur’ Tetamu Datang Beraya

Namun begitu mengikut kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati bahan kimia yang ada pada plastik pembungkus nasi himpit adalah merbahayakan kesihatan.

Ini kerana bahan kimia pada plastik pembungkus nasi himpit itu akan merembes kepada makanan ketika proses merebus nasi himpit tersebut dan ia boleh mengakibatkan kanser dan gangguan hormon jika diambil secara kerap.

Pegawai CAP, Hatijah Hashim memberitahu Kosmo! hampir kesemua makanan lain yang berbungkus plastik turut berdepan risiko yang sama.

“Apa yang dikatakan bahaya ialah apabila plastik dimasukkan ke dalam suhu panas atau direbus atas api, bahan kimia pada plastik akan merembes ke dalam makanan tersebut,” katanya lagi.

Gambar: blog lipislady – blogger

CAP telah mengadakan kajian ini selama dua tahun dan ia menunjukkan pengambilan secara kerap memudaratkan kesihatan dan mengalakkan masyarakat kembali membuat ketupat nasi tradisional yang menggunakan daun kelapa.

Bahkan CAP turut meminta Kementerian Kesihatan membuat sekatan penggunaan plastik pada makanan yang lain sebagai langkah pencegahan.

VIDEO: Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry 😍 😍 😍

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram