Umum mengetahui sejak kebelakangan ini isu vaksin semakin menjadi perhatian masyarakat berikutan terjadi kes kematian kanak-kanak akibat penyakit defeteria.

Boleh dikatakan ramai dikalangan ibu bapa yang masih enggan menerima imunisasi kepada anak mereka dan ia berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia boleh memudaratkan.

BACA: 5 Mitos Jadi Dalil Anti Vaksin

Antara alasan penolakan vaksin adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan ada yang mendakwa vaksin boleh menyebabkan autisme.

Terbaru, satu kajian yang dilakukan di Denmark mendapati tiada kaitan di antara suntikan vaksin untuk menghalang penyakit campak, beguk dan rubella dengan sindrom autism.

Menurut laporan, isu tersebut sepatutnya boleh dikatakan telah selesai apabila pelbagai penemuan ditemui dan diterbitkan sejak lebih 20 tahun lalu.

Kajian mengenai hubung kait di antara vaksin dan autism telah dilakukan secara besar-besaran melibatkan 657,461 kanak-kanak warganegara Denmark yang lahir di antara tahun 1999 dan 2010 bagi menafikan dakwaan golongan anti-vaksin.

Seramai 6,517 kanak-kanak dari sample diatas menghidap autisme. Tidak ada peningkatan risiko autisme pada kanak-kanak yang mempunyai vaksin dan tiada bukti bahawa ia mencetuskan autisme pada kanak-kanak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱