Setiap hari kita disarankan untuk memberus gigi 3 hingga 5 kali sehari untuk mengelakkan pembentukan bakteria dalam mulut. Namun satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Universiti Texas, Amerika Syarikat mendapati titanium dioksida yang terdapat dalam ubat gigi boleh menyebabkan diabetes jenis dua.

Memetik laporan Daily Mail, artikel yang disiarkan di dalam jurnal Research Chemical in Toxicology memberitahu, bagi membuktikan kajian tersebut, penyelidik menganalisis sampel kecil pankreas daripada 11 sukarelawan.

BACA: Suami Isteri Gaduh Sebab Ubat Gigi

Hasil kajian mendedahkan, lapan daripadanya mengalami diabetes jenis dua dan titanium dioksida (E171) ditemui dalam tubuh mereka. Bagaimanapun, tiada kesan kimia dijumpai dalam tubuh tiga orang sukarelawan lain.

Namun, penyelidik mengumumkan bahawa mereka menjangka akan melakukan lagi kajian berkenaan ke atas kumpulan sampel yang lebih besar.

Kandungan titanium dioksida atau E171 digunakan secara meluas dalam kosmetik dan industri makanan kerana keupayaannya memberikan warna putih kepada produk.

Berdasarkan laporan, diabetes jenis dua adalah gangguan metabolik yang dicirikan oleh tahap gula darah tinggi. Antara tanda-tanda gejala tersebut adalah dahaga yang berlebihan, kencing yang kerap dan kelaparan yang berterusan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Puas Hati Pekena Kambing Bakar Kat Setapak Ni 😱