Siapa yang tak marah jika kereta kena langgar lari kan? Lebih-lebih lagi jika tiada sebarang nota ditinggalkan sama ada minta maaf ke, mahu bertanggungjawab atas kerosakan kereta dan sebagainya.

Seorang lelaki bernasib baik apabila pemilik kereta yang melanggar keretanya meninggalkan nota serta nombor telefon untuk membayar ganti rugi kerosakan.

BACA: Lelaki Jujur Bayar Semula Makan Nasi Kak Wok

Lelaki bertuah itu, Ahmad Shairazi Ismail, 28 tahun, berasal dari Klang berkata kejadian tersebut berlaku pada 2 Disember lepas semasa dia menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

“Kejadian tempoh hari berlaku ketika saya ke majlis perkahwinan rakan dan ketika mahu pulang saya lihat kereta saya sudah calar serta sedikit kemek akibat dilanggar kenderaan lain kerana kawasan meletak kenderaan di situ agak sempit,” jelasnya.

Pada mulanya, dia redha dengan apa yang berlaku tetapi dia menemui sekeping nota semasa hendak masuk ke dalam kereta.

Selepas menghubungi nombor tersebut, lelaki berumur dalam lingkungan 30-an yang melanggar keretanya meminta dia membawa kereta ke bengkel dan membayar kos membaiki kereta berjumlah RM170.

“Sangat terharu dan memberi inspirasi. Saya harap lebih ramai lagi masyarakat bertindak jujur seperti ini kerana insya-Allah ganjaran lain akan menanti buat hamba yang tidak lari daripada tanggungjawab,” tambahnya sambil menceritakan pengalaman keciciran dompet dahulu dan ada insan baik hati memulangkan kembali kepadanya.

Tak rugi jika kita berbaik dengan orang kerana kita tak tahu esok lusa kita mungkin berada dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pencuri Pulang Semula Motor, Isi Minyak Penuh
5,000 Mangkuk Mee Percuma Lepas Jumpa Cincin Tunang

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pekena ROti Celaru & Mancing Tepi BEndang