Sebut saja jenama minuman bubble tea terkenal Xing Fu Tang dari Taiwan ini, pasti ramai tahu. Malah, ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk merasai keenakan minuman mereka meskipun harganya agak mahal.

Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh apabila dua cawangan Xing Fu Tang disimbang cat merah oleh individu tidak dikenali minggu lalu. Dua cawangan tersebut iaitu di SS15 dan Sri Petaling

BACA: Majelis Ulama Indonesia Sahkan Xing Fu Tang Halal

Facebook Xing Fu Tang Malaysia memuat naik beberapa gambar dua cawangan Xing Fu Tang telah disimbah dengan cat merah dalam dua kejadian berasingan pada 17 Oktober dan 26 Oktober.

Menerusi satu kenyataan, pihak Xing Fu Tang berkata mereka tidak akan tunduk kepada si pelaku dan sudah pun membuat laporan polis serta menghantar rakaman CCTV kejadian berkenaan.

❌ Defamation ❌Compromising We will not bow to thugs ‼️From Oct 17 to 26, two Xing Fu Tang stores in Klang Valley…

โพสต์โดย Xing Fu Tang Malaysia 馬來西亞幸福堂 เมื่อ วันจันทร์ที่ 28 ตุลาคม 2019

Motif serangan masih tidak diketahui, bagaimanapun memetik laporan Says, difahamkan syarikat yang membawa Xing Fu Tang ke Malaysia iaitu Collab Working Lifestyle dikatakan mempunyai isu dengan syarikat induk jenama berkenaan yang berpengkalan di Taiwan.

Memetik laporan China Press, Xing Fu Tan Taiwan menuduh Collab Working Lifestyle mengenakan permintaan yang tidak munasabah. Malah, Xing Fu Tan Taiwan turut mengumumkan penamatan kontrak mereka bersama Collab Working Lifestyle.

⁣⁣⁣💢【拒買’天價‘機器, 引爆幸福堂台灣總部無理指控和欺壓】藉機抹黑代理商,搶奪馬來西亞市场⁣⁣⁣⁣⁣⁣1….

โพสต์โดย Xing Fu Tang Malaysia 馬來西亞幸福堂 เมื่อ วันอาทิตย์ที่ 27 ตุลาคม 2019

Bagaimanapun, collab Working Lifestyle menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian selama 10 tahun.

Pertikaian antara Xing Fu Tang Malaysia dengan syarikat induk di Taiwan dikatakan berpunca daripada syarikat jenama teh boba terkenal itu kini sedang cuba meyakinkan pemegang francais di Malaysia untuk membeli mesin pembuatan teh boba yang baru pada kos lebih tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?