Beberapa hari lepas, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengumumkan bahawa pihak mereka telah membuat pembatalan terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas lebih 60 jenis makanan yang dicadangkan oleh kerajaan.

BACA: Negeri Perak Pernah Sambut Raya Awal Sehari?

Sumber dari themalaymailonline.com

Jika sebelum ini, beberapa jenis makanan dikatakan akan dikenakan GST termasuklah makanan laut, buah-buahan, sayur-sayuran, teh, kopi, mee, rempah dan banyak lagi berkuatkuasa 1 Julai ini.

Malah, makanan laut seperti belut, ikan todak, jagung, buah-buahan import, buah tin dan marjerin turut dikenakan cukai tetapi dibatalkan oleh pihak JKDM.

Datuk Subromaniam Tholasy, Ketua Pengarah JKDM berkata, hasil perbincangan bersama Kementerian Kewangan mengenai cadangan ini ialah mereka akan membatalkan cukai makanan.

Sumber dari mynewshub.cc

“JKDM telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya P.U (A) 162 Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No.2) 2017 dibatalkan,” ujarnya.

“Justeru JKDM memohon kerjasama semua pihak supaya mengambil maklum tentang perkara ini,” tambahnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Jika GST benar-benar dilaksanakan, ia akan menyukarkan orang ramai untuk mendapatkan bahan makanan bagi menyambut hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Rasa Maggi Kari Campur Milo?