Bagi mereka yang membesar sekitar tahun 80an sehingga 90an, pasti masih ingat lagi dengan gula-gula nostalgia White Rabbit ini. Paling menarik tentang gula-gula ini, ramai yang suka makan pembalut putih di dalamnya sekali bersama gula-gula.

Jika anda peminat tegar gula-gula ini, kini anda boleh menikmati rasa gula-gula White Rabbit dalam bentuk aiskrim.

BACA: Bantal Bentuk Makanan Boleh Bikin Lapar

Kedai aiskrim Inside Scoop baru-baru ini memperkenalkan perisa baru itu dan boleh didapati bermula 28 Februaru ini di semua cawangan Inside Scoop sekitar Lembah Klang.

Manakala di Kuantan pula boleh didapati pada 4 Mac depan. Harga untuk aiskrim tersebut adalah RM8.30 untuk satu scoop. Namun, aiskrim tersebut sangat terhad dimana sebanyak 100 aiskrim sahaja yang akan dijual untuk setiap kedai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥