Susulan penutupan 34 buah klinik 1 Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tampil mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dengan menegaskan bahawa ia berlandaskan beberapa kritetia dan selepas melakukan pertimbangan sewajarnya.

Dalam kenyataan memberitahu, ia sama sekali tiada kaitan dengan mutu perkhidmatan yang diberikan Penolong Pengawai Perubatan (PPP) yang selama ini menjalankan tugas secara profesional.

BACA: 33 Klinik 1Malaysia Akan Ditutup Secara Berperingkat

Kenyataan juga menjelaskan, penutupan klinik tersebut dilakukan selepas menepati kriteria ditetapkan seperti kehadiran pesakit rendah (kurang 50 pesakit sehari) dan terdapat klinik kesihatan dalam lingkungan 5 km.

“Klinik-klinik ini ditutup atas pertimbangan keberkesanan dan kos. Keselamatan pesakit di Klinik Komuniti yang dikendalikan oleh PPP tidak pernah menajdi isu kerana PPP yang bertugas telah menjalankan tangungjawab mereka secara profesional.

“Perkhidmatan 293 KIM yang dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti dimantapkan dengan kemudahan pegawai perubatan dan pegawai farmasi (secara berperingkat di klinik terpilih) manakala 20 K1M dinaik taraf menjadi Klinik Kesihatan yang dilengkapi kemudahan lebih lengkap.

Menurut laporan itu lagi, usaha pihak Kementerian Kesihatan Malaysia itu sejajar dengan sasaran yang menekankan aspek pencegahan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Roti Bakar Wajib Terjah Kalau Datang Pulau Pinang! 😱😱😱