Sepanjang bulan Ramadan ini, pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh Kelantan diarahkan menghentikan sementara perniagaan, bermula jam 8.30 hingga 10 malam.

Arahan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri melalui satu notis 6 Mei 2019 (semalam) dan ianya berkuat kuasa serta-merta.

BACA: Lelaki Putuskan Hubungan Sebab Ibunya Tak Suka Kelantan

Arahan itu bertujuan untuk menggalakkan umat Islam di negeri itu menunaikan solat sunat terawih secara berjemaah di masjid dan surau yang bakal berlangsung pada waktu tersebut sepanjang bulan Ramadan.

Notis itu ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Adnan Hussin. Ketua pengurusan PBT juga diminta mengeluarkan arahan kepada pengusaha kedai makan dan restoran di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, arahan tersebut dilihat tidak wajar oleh segelintir netizen dan para peniaga, malah Nik Mohamad Abduh yang merupakan seorang ahli politik di negeri itu berharap agar arahan tersebut dapat dipertimbangkan semula.

Menurut Ahli Parlimen Bachok itu, ia mengganggu kebenaran dan keberkatan bulan Ramadhan kerana rezeki yang halal dan baik di bulan baik itu wajar digalakkan, bukan dihalang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱