Hanya kerana kerap meninggalkan pejabat tiga minit lebih awal untuk makan tengah hari daripada masa yang ditetapkan, seorang pegawai bandaraya di Jepun telah didenda dan dipotong gaji.

Menurut jurucakap bandaraya Kobe, pegawai berkenaan yand bertugas di biro Jabatan Air di Barat Kobe, melakukan kesalahan itu sebanyak 26 kali dalam tempoh tujuh bulan.

BACA: Azan Awal Sangat, Rakyat Kelantan Terpaksa Ganti Puasa

Masa rehat yang ditetapkan adalah dari tengah hari hingga 1 petang. Namun pegawai tersebut didakwa kerap keluar lebih awal.

Disebabkan kesalahan tersebut, gaji pegawai berusia 64 tahun itu dipotong setengah hari sebagai denda dan diminta membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan media.

Isu tersebut tenyata mencetuskan perdebatan dikalangan netizen kerana sebelum ini syarikat itu telah menggantung seorang pegawai lain pada Februari lalu selama sebulan selepas dia membeli makanan semasa waktu kerja dan didapati melakukan kesalahan tersebut selama enam bulan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Rasa Bebola Nasi Goreng Mazirah Buat Ni?!!