Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak kita. Itulah yang diterapkan oleh sepasang suami isteri di Middlesbrough apabila membuat keputusan untuk membesarkan anak mereka yang berusia empat tahun tanpa memberitahu jantina sebenar kepada anak mereka.

BACA: Terpaksa Makan Makanan Tikus Untuk Hidup

Sumber dari mynewshub.cc

Nikki, 30 tahun dan Louise Draven, 31 tahun, mahu membiarkan anak lelaki mereka, Star Cloud bebas dari jantina supaya tidak terbeban dengan aspek jantina seperti yang mereka telah lalui.

Louise adalah seorang lelaki namun menukar jantina kepada perempuan, manakala Nikki seorang perempuan tetapi dianggap sebagai lelaki dan perempuan.

Sumber dari dailyrecord.co.uk

Malah, Star menganggap Louise sebagai ibunya manakala Nikki adalah ibunya, jadi mereka tidak mahu bergantung kepada jantina asalkan mereka sekeluarga bahagia.

“Malahan, kami juga tidak mahu Star terbeban dengan jantina kerana mahu menjadi keluarga yang bebas untuk menjadi apa sahaja,” ujar Louise.

Selain itu, Star juga gemar bermain anak patung, mengecat kuku, bersolek dan gemar memakai baju tidak kira lelaki atau perempuan.

Dia bakal memasuki alam persekolahan tidak lama lagi dan mereka memutuskan untuk memakaikan Star baju seragam sekolah lelaki bersama ves dan stokin berwarna merah jambu. Star turut menambah dia akan membesar menjadi lelaki atau perempuan mengikut kehendaknya.

“Kami tidak pernah membeli baju atau permainan yang melihatkan perbezaan jantina. Kami biarkan dia memilih apa yang dimahukannya,” ujar Nikki.

Walaupun mereka bahagia bersama keluarga, ada juga beberapa pihak yang tidak boleh menerima cara keluarga itu dan ada yang mengecam mereka.

“Jika rupa saya seperti awak, saya akan bunuh diri,” kata seorang pemandu kepada Louise dua minggu lepas.

“Semasa Star masih kecil dan Louise dalam proses menukar jantina, orang awam akan menunjuk-nunjuk, merenung dan mentertawakan mereka,” jelas Nikki.

“Star berada di rumah asuhan dan pada suatu hari dia pulang dan berkata ‘saya tidak boleh main anak patung kerana ia untuk perempuan’,” sambungnya.

“Kami menjelaskan padanya bahawa dia boleh bermain dengan anak patung sebagai latihan sebelum membesar dan menjadi seorang ayah. Tetapi, Star berkata dia mungkin akan menjadi seorang ibu,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Vitdaily Terjah Johara Pagi Era