Perkahwinan sepatutnya meraikan pasangan pengantin dengan meriah. Tanpa pengantin, majlis perkahwinan takkan berlangsung.

Seorang wanita di Thailand mengambil keputusan untuk menyaman teman lelakinya kerana tak hadir di hari perkahwinan mereka pada 22 Oktober lepas.

BACA: Jatuh Sakit Akibat Kahwin Dua

Sumber dari odditycentral.com

Wanita tersebut, Arunee Jaengkrachang, 24 tahun, dan Boonyang Sawatdee, 26 tahun, dijadualkan berkahwin di rumah pengantin perempuan iaitu di Kampung Khao Din, daerah Kabin Buri, Thailand.

Pada mulanya, Boonyang memberi alasan tak mampu sediakan duit hantaran berjumlah 200,000 Baht (RM25,563) seperti yang dijanjikan.

Malah, dia juga tak menunjukkan tanda-tanda kelakuan pelik sehari sebelum majlis. Keesokan harinya, Boonyang dan keluarganya tak muncul di majlis perkahwinan mereka.

Sumber dari odditycentral.com

Boonyang memberitahu Arunee bahawa semuanya baik cuma dia meminta majlis ditangguhkan beberapa jam. Namun, dia masih tak muncul-muncul di majlis perkahwinan mereka.

Kemudian, Arunee mendapati Boonyang melarikan diri bersama keluarganya semasa dia pergi ke rumah teman lelakinya itu di Sa Keo.

Walau bagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mungkin mereka boleh elak dari saman-menyaman dan berbincang dengan elok.

ARTIKEL BERKAITAN:
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Gadis Korea Suri Hati Tony Fernandes
Kuda Pengsan Bawa Pengantin

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Unboxing iPhone X And Giveaway?