Baru saja dilantik sebagai Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh berkata kementeriannya akan memberi fokus utama untuk menambah kelajuan internet negara ini dan menawarkan harga yang lebih rendah.

Menerusi sidang akhbar pada hari pertama beliau bertugas, Gobind berkata ianya merupakan perkara pertama dalam agenda semasa bersama kakitangan kementerian.

BACA: Malaysia No. 1 Ketagih Porno Kanak-Kanak Di Asia

“Kami sedang mengkaji untuk menambah dua kali ganda kelajuan perkhidmatan jalur lebar internet. Terdapat banyak aduan tahun lalu, dan kami berharap dapat memperbaiki keadaan itu.

“Kalau kita lihat jalur lebar di negara lain, perkhidmatan yang diberikan itu taraf berbeza dengan apa yang kita ada, jadi tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh mencontohi sistem-sistem lain yang ada di luar negara. Itu adalah satu perkara yang saya akan cuba, juga sebahagian daripada pelan 100 hari,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, beliau berkata ada perkara dan isu lain untuk diperbaiki, termasuk projek-projek semasa di bawah kementerian, dan ada yang perlu ditapis.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan menubuhkan pasukan pakar undang-undang untuk mengkaji sama ada Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diluluskan April lepas patut dimansuhkan atau dipinda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138