Susulan kerajaan perlu menampung jumlah hutang kerajaan terdahulu yang terlalu banyak, Perdana Menteri berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat memberikan wang percuma kepada rakyat.

Ujarnya, kerajaan kini perlu menumpukan kepada usaha untuk membayar semula hutang yang telah ditinggalkan. Dalam pada itu, Tun M tidak menolak pemberian wang percuma daripada kerajaan terdahulu kepada rakyat merupakan satu bentuk rasuah.

BACA: “Ada Golongan B40 Miliki Enam Buah Kereta” – Tun M

Malah, pemberian tersebut menggalakkan lagi rakyat kurang berusaha untuk meningkatkan pendapatan mereka masing-masing. Kata Tun M lagi, status wang diberikan juga diragui kerana mendakwa wang tersebut ‘dicuri’ daripada hasil tertentu.

“Wang yang diterima digunakan untuk melakukan umrah dan haji, saya pun tidak pasti apa hukumnya,” katanya.

“Pada PRU14 rakyat telah menunjukkan protes mereka dengan menukar kerajaan kerana tidak bersetuju dengan cara pemerintahan kerajaan lama.

“Oleh itu, sebagai kerajaan baharu, kita akan mentadbir negara ini dengan penuh adil dan mengikut saluran undang-undang yang betul,”katanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?