Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika kebiasannya kulit ayam dibuang namun bagi lima sekeluarga ini, kulit ayam merupakan lauk istimewa mereka saban hari.

Siti Hamidah Abdul Hamid, 32, berkata kesempitan hidup tidak membolehkan mereka lima beranak berbelanja mewah apatah lagi dengan pendapatan suami, Muhamad Zuhaidi Safin, 33 yang bekerja sebagai buruh.

BACA: Anda Rasa Hidup Anda Susah? Tonton Ini Tanpa Menangis

Meskipun ramai yang membuang kulit ayam, namun bagi mereka sekeluarga kulit ayam adalah lauk yang menyelerakan.

“Biasanya saya mendapatkan kulit ayam ini di sebuah kantin di sekolah berdekatan kerana beranggapan satu pembaziran sekiranya dibuang.

“Lagipun keluarga saya memang tidak mampu untuk makan daging ayam atau ikan setiap hari. Mujurlah ada orang yang sanggup menyediakan kulit ayam untuk diberikan kepada keluarga saya,” katanya kepada mStar Online.

Katanya lagi, walaupun ada yang beranggapan kulit ayam adalah bahagian yang tidak elok tetapi itu sajalah ‘lauk’ yang mereka mampu untuk dimakan setiap hari.

“Untuk makan daging ayam atau ikan setiap hari kami memang tidak mampu.Jika makan pun sekali seminggu dan selebihnya akan diisi dnegan apa sahaja lauk yang ada.

Katanya lagi, ketiga-tiga anak perempuannya Siti Aisyah, 8, Norsyayidah Nafisah, 6, Nur Syafiya Nadira, 3 tahun gemarkan makan kulit ayam sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, suaminya Muhamad Zuhaidi berkata dengan pendapatannya tidka menentu dan perlu membayar sewa rumah sebanyak RM100 sebulan walaupun telah usang, sukar baginya menyediakan lauk berkhasiat buat keluarganya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: “Sambal Dia Ada Rasa Manis Bawang”