Gara-gara sebuah artikel mengenai fitnah mengenai hidangan telur penyu yang dihidangkan untuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada tahun lalu menyebabkan akhbar tersebut disaman sebanyak RM10 juta.

BACA: Ibu Tunggal Berbakat Buat Kek Bentuk Ular

Sebagai plaintif, Ismail Sabri menamakan Sabah Publishing House Sdn Bhd dan pengarangnya, James Sarda sebagai defenden.

Beliau memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Mac yang lalu.

Menurut Ismail Sabri kepada Utusan Online, artikel bertajuk Minister and Sabah YB have yet to comply: Dept” bersama gambarnya yang diterbitkan oleh Daily Express disifatkan berniat jahat.

Sekadar gambar hiasan

Manakala dua lagi artikel bertajuk “Beluran turtle eggs: Findings left to the AG” (3 September) dan “Explain ‘turtle egg’ confusion first, Lim tells Minister” (6 September) turut sengaja direka bagi mencemarkan reputasi Ismail Sabri sebagai menteri, ahli parlimen dan ahli politik.

Tuntutan berjumlah RM10 juta itu melibatkan ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan berserta perintah injunksi.

VIDEO: BURGER PEDAS MALAIKAT MAUT

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram