Boleh dikatakan Cheeseburger merupakan menu kegemaran ramai buat peminat makanan segera McDonald’s. Jika anda peminat Cheeseburger McDonald’s, mungkin ini berita gembira untuk anda.

Baru-baru ini, syarikat beli belah secara atas talian Grey Lines melancarkan lilin yang memiliki aroma cheeseburger. Selain aroma cheeseburger, turut diperkenalkan aroma garlic bread, bacon dan mi goreng.

BACA: Telefon Polis Sebab Ada Bawang Dalam Burger

Lilin tersebut hanya boleh didapati secara dalam talian di laman web Grey Lines dengan harga $21.12 (RM86.21). Namun ini mungkin berita mengecewakan untuk peminat cheeseburger kerana lilin itu sudah pun habis dijual.

Syarikat itu sememangnya popular dengan memperkenalkan lilin dengan aroma pelik dan luar biasa. Antara lilin yang menjadi perhatian ialah lilin dengan aroma Kanye’s Ego: Filled With Self Love, Arrogance And Conceitedness Cookies Dough Scented Candle yang habis terjual.

Sebelum ini, KFC juga pernah menghasilkan lilin dengan aroma ayam goreng. Agak-agak kalau nyalakan lilin ini, boleh terus kenyang ke hanya dengan bau sahaja?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥