Perkara penting yang kita cari semasa pergi bercuti mestilah keselesaan. Berita baik untuk anda yang berbadan besar dan selalu mempunyai masalah serta risau mengenai keselesaan semasa bercuti kerana terdapat sebuah resort dibina khas untuk mereka yang bersaiz ‘comel’.

BACA: Kerana Fizikal, Jadi Perhatian Di Hospital

Sumber dari birminghammail.co.uk

Holly Macgillivray dari Wales bercuti di The Resort, Pulau Eleuthera, Bahamas yang mempunyai pantai persendirian dan katil lebih kukuh serta pintu lebar dari biasa.

Untuk pengetahuan anda, The Resort dibina eksklusif untuk mereka yang mempunyai berat lebih daripada 120 kilogram (kg), lapor WalesOnline.

Sumber dari news.com.au

Pada awalnya, Holly merasakan idea resort itu seperti ‘penghinaan’ kepadanya, tetapi kini dia berpendapat resort itu mempunyai banyak kelebihan serta kemudahan yang selesa untuk mereka bersaiz besar.

Malah, resort itu dilengkapi dengan perabot yang lebih selesa dan kukuh seperti kerusi yang mempunyai lebar satu meter, pintu lebih lebar dan menggunakan batang keluli dua inci untuk katil.

Selain itu, pelanggan boleh menikmati makanan sebanyak mana yang mereka mahu kerana hidangan sarapan pagi, makanan tengah hari dan makan malam dihidang secara buffet.

Memang menarik jika dapat bercuti dan menginap di The Resort. Tak perlu risau dengan pandangan orang lain serta dapat bergembira bersama rakan-rakan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dulu Diejek ‘Badak Sumbu’, Kini Cantik Sungguh!
Wanita Kongsi Kisah Turun Berat Lebih 40Kg

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

[Vlog 13] Vitdaily Makan Banyak Tapi Kurus? Ini Jawapannya.