Meskipun ramai beranggapan wang adalah perkara penting namun kebahagiaan sesebuah perkahwinan bukan hanya diukur pada harta benda sahaja tetapi kesetiaan dan kesanggupan untuk bersusah senang ketika pasangan sakit.

Baru-baru ini tular kisah seorang lelaki berusia 50 tahun yang sanggup menjadi ‘Spiderman’ untuk menyara hidup dan mencari dana bagi merawat isterinya yang sakit.

BACA: Peniaga Cendol Tutup Kedai Kerana ‘Takut’ Isteri

Aksinya menolak isterinya berkerusi roda yang merupakan orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown, Pulau Pinang menjadi perhatian ramai.

Lelaki berkenaan Ahmad Shakirin Mohd Zain yang juga merupakan pelukis jalanan berkata sudah lebih setahun dia menjadi kerjaya itu sebagai pekerjaan sambilan.

Menurut Ahmad Shakirin, sebelum ini dia bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni di Kuala Lumpur, manakala isterinya seorang tukang masak di restoran terkenal di ibu kota.

 

Namun, nasib malang menimpa isterinya yang pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar dan kerana menghidap kencing manis, kaki kanannya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah.

Selepas kejadian itu pasangan itu berpindah ke Pulau Pinang dan mencuba nasib mencari rezeki di sini dengan cara seperti ini.

Ahmad Shakirin berkata, sebelum ini pendapatannya bergantung kepada hasil upah melukis dan menjual lukisan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung sekitar ibu kota. Namun, melihatkan ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira, dia membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180.

Ujarnya lagi, dia dan isteri sangat sukakan kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah mereka menghiburkan kanak-kanak.

Ahmad Shakirin berkata, aksinya itu bukanlah untuk meminta-minta, malah mereka pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spiderman dan bergambar namun dia tetap menerima sumbangan itu kerana paling penting ialah keikhlasan.

Dalam pada itu, Ahmad Shakirin berkata apabila isterinya sembuk kelak, dia bercadang mahu menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱