Seperti diketahui negeri Kelantan dari dahulu sehingga kini mengekalkan dan mewajibkan setiap premis dan papan tanda mempunyai tulisan jawi. Nampaknya negeri Pahang juga akan melaksanakan penguatkuasaan itu mulai 1 Januari 2020.

Premis perniagaan yang gagal memasang papan tanda tulisan Jawi akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.

BACA: “Larang Tulisan Jawi Pada Produk Bukan Milik Pengusaha Muslim”

Nampaknya selepas tempoh persediaan setahun diberikan kepada pemilik premis untuk memasang papan tanda bertulisan Jawi, seramai 25 pemilik premis perniagaan dikompaun kerana gagal berbuat demikian.

Kompaun itu melibatkan premis di sekitar bandar dan kawasan perindustrian Batu 3 serta Padang Lalang di Kuantan.

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkata ada ada peniaga yang dikompaun memberi alasan tempoh diberikan terlalu singkat untuk mereka menukar papan tanda.

Dalam pada itu pihak MPK berharap tindakan itu dapat memberi kesedaran kepada pemilik premis untuk mematuhi arahan yang diberikan kerana mereka diberi masa setahun untuk menukar papan tanda.

Arahan memasang papan tanda bertulisan Jawi pada premis perniagaan di Pahang berkuatkuasa pada 1 Jan lalu, selepas tempoh persediaan yang pada awalnya dijadualkan tamat pada Jun 2019 dilanjutkan sehingga 31 Dis tahun lepas.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Minat Kambing Golek? Buffet Hotel Ini Memang Gila! (Terhad)