Sejak kebelakangan ini semakin banyak kes kemalangan dilaporkan melibatkan pemandu mabuk dan jumlah mangsa korban juga semakin meningkat.

Seperti baru-baru ini, seorang pekerja CIMB yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran maut dilanggar pemandu mabuk.

BACA: Ketawa Lepas Langgar Peniaga Nasi Lemak Sehingga Maut

Insiden tersebut mengundang kemarahan rakyat Malaysia serta menggesa mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk. Malah, ramai yang mencadangkan penjualan arak di Malaysia diharamkan serta merta.

Susulan itu juga, satu petisyen telah pun dilancarkan untuk mengharamkan penjualan arak seluruh Malaysia. Setakat hari ini, petisyen tersbeut mendapat sokongan sebanyak 28,899

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan agar menutup kilang arak di Malaysia serta bersetuju bahawa arak hanya merosakkan dan bahaya untuk kesihatan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥