Kuda sering dijadikan haiwan untuk perarakan pengantin di majlis-majlis perkahwinan di luar negara. Jika tidak diberikan rehat atau minum yang cukup, haiwan tersebut akan berasa penat dan berisiko untuk pengsan di jalan raya. Baru-baru ini seekor kuda pengsan apabila membawa sepasang pengantin pada hari perkahwinan mereka.

BACA: Menteri: Tahun 2020 Tiada Warung Tepi Jalan

Video berdurasi 51 saat itu menunjukkan kuda itu telah pun pengsan akibat panas dan keletihan, kemudian pengantin lelaki sedang cuba untuk membantu kuda tersebut bangun.

Kelihatan tetamu lain yang menyaksikan insiden tersebut di luar gereja di Borgetto, berhampiran Palermo, Sicily turut memberikan pertolongan terhadap haiwan berkenaan.

Disebabkan itu, keadaan trafik di kawasan tersebut terhalang oleh kuda dan kereta yang dihiasi cantik itu kerana insiden itu berlaku di tengah-tengah jalan.

Sebelum kejadian itu berlaku, kuda itu didakwa menarik beban seberat 339.7kg serta membawa pengantin sambil melalui jalan yang curam di kawasan itu sebelum pengsan.

Badan amal hak asasi haiwan Itali akan memfailkan tuntutan mahkamah untuk mengambil tindakan undang-undang mengenai kejadian itu.

“Kami telah menulis kepada pihak berkuasa tempatan untuk meminta mereka mengesahkan keadaan semasa kuda itu,” ujar pihak itu kepada metroUK.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sempat Rembat Headphone Sony Harga RM1, 299?