Setiap kali bulan Ramadan, pasti akan ada menu baru yang menjadi bualan ramai dan viral. Tahun ini, Kuih Kerbau Guling menjadi rebutan ramai dan ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatkannya di Rantau Panjang, Kelantan.

Selain namanya yang unik, rata-rata pembeli memuji keenakan kuih tersebut. Lebih mengejutkan, disebabkan pembeli yang terlalu ramai, peniaga kuih kerbau guling tersebut terpaksa menggunakan sistem nombor giliran sejak Rabu lalu.

BACA: Jual Kuih Tradisional Jana RM10,000 Sebulan

Menurut peniaga kuih tersebut, Wan Suriana Wan Ali, berkata inisiatif itu terpaksa diambil kerana pengunjung yang terlalu ramai sehingga pengunjung dari luar Kelantan turut datang untuk membeli.

Katanya, sebanyak 200 nombor diedarkan, namun masih tidak mencukupi berikutan jumlah pelanggan mencecah 500 dan orang ramai mula menunggu sejak pukul 12 tengah hari.

Menurut Wan Suriana lagi, gerainya terpaksa di pindahkan ke kawasan lebih luas dan terpaksa menghadkan pembelian RM15 setiap seorang pembeli.

“Kuih ini habis dijual dalam masa sejam sahaja walaupun kami sudah menambah jumlahnya dua kali ganda daripada biasa untuk menampung permintaan pelanggan.

“Pada masa sama, kami terpaksa menghadkan pembelian RM15 seorang bagi memastikan setiap pengunjung dapat merasai kerbau guling,” katanya kepada Harian Metro.

Kuih Kerbau Guling yang berasal dari Thailand itu dikenali dengan nama Kuih Hitam atau Koleh Hitam mempunyai tekstur lembut dan dimakan bersama kelapa parut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kisah Kuih Kapit Untuk YB Khairy Jamaluddin
Kuih Raya ala ’Shellout’ Dianggap Membazir
Status Facebook Dikecam Teruk, Kuih Semperit Jadi Pengubat Duka

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nak Menangis Makan Mee Cincai Pedas Arwah!