Hanya kerana dirinya memuatnaik status di laman sosial untuk meminta bantuan sempena hari raya Aidilfitri secara elok, seorang gadis telah dikecam teruk gara-gara statusnya itu.

BACA: Makcik Jual Rebung Buat Mufti Perlis Tersentuh

Sumber dari sensasimedia.com

Normasmira Zulkifli, 17 tahun, niatnya untuk meminta bantuan di laman sosial Facebook telah disalahertikan oleh pengguna laman sosial yang mengecam dirinya sehingga memaksa dia memadamkan statusnya itu.

Normasmira atau lebih senang dikenali sebagai Ira berkata, dia ingin melupakan insiden itu kerana menyifatkan apa yang terjadi sebagai sesuatu yang memalukan setelah membaca komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

Tidak mudah berputus asa dan mahu mencari penyelesaian, Ira telah membawa diri ke rumah rakannya untuk membuat kuih raya sempena hari raya bakal tiba ini selain daripada mahu mengubati kesedihan gara-gara komen negatif dari pengguna laman sosial tersebut.

Sumber dari mstar.com.my

“Selepas tiga hari, kami berjaya siapkan kuih raya untuk keluarga masing-masing dan saya juga diberi tiga balang kuih semperit, bolehlah makan masa raya nanti,” ujarnya kepada mStar.

Tambahnya lagi, projek kuih raya ini sudah lama dirancang bersama rakan-rakannya dan mereka berkongsi wang ringgit untuk membeli segala bahan yang diperlukan untuk membuat kuih semperit.

“Tapi saya hanya mampu bayar RM20, itu pun masa saya masih bekerja dulu, sedangkan dua rakan lain membayar lebih…nasib baik mereka faham keadaan saya,” ujarnya.

Dia yang menghidap penyakit Talasemia turut bersyukur ada beberapa pihak yang sudi menghulurkan bantuan setelah statusnya di Facebook mendapat perhatian.

Sumber dari mstar.com.my

“Ada beberapa orang datang rumah tengok nasib keluarga saya dan beri bantuan. Ada juga yang beri sumbangan wang kepada ibu, saya ucapkan terima kasih,” tambahnya.

Sumber dari sensasimedia.com

Kami berharap semoga hari raya tahun ini bermakna untuk Ira sekeluarga dan berharap masyarakat di luar sana lebih peka dengan situasi dialami oleh gadis ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VITDAILY ORIGINALS – Lemang To’Ki