Lagi Besar Payudara, Lagi Banyak Dapat Diskaun

0
14120

Sebuah restoran di China telah menggunakan cara kontroversi dan pelik bagi mempromosikan makanannya apabila menawarkan diskaun kepada pelanggan wanita bergantung kepada saiz bra yang dipakai. Lebih besar bra tersebut, lebih banyak diskaun yang akan ditawarkan.

BACA:  Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai

Restoran Trendy Shrimp, yang terletak dalam sebuah kompleks beli belah di bandar Hangzhou, memaparkan iklan tersebut di luar restorannya.

Poster tersebut turut memaparkan gambar animasi dengan saiz payu dara yang berbeza termasuk senarai diskaun yang akan diberikan berdasarkan saiz bra.

Wanita dengan saiz A-cup akan mendapat diskaun 5% sementara mereka yang bersaiz G-cup akan mendapat diskaun 65%.

Bagaimanapun, tindakan promosi tersebut menerima kecaman hebat oleh orang awam yang melabelkan gimik itu sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita.

Difahamkan, poster tersebut tidak lagi dipamerkan di luar kedai.

Dua tahun lalu, sebuah restoran di Henan menawarkan makanan percuma bagi kaum lelaki dan wanita yang memiliki rupa paras yang cantik.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram

VR Park di Tokyo Berhantu?

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here