Jika anda peminat kerepek kentang dan telur masin ini sememangnya berita baik untuk anda. Kalau ikutkan, sekarang ini memang popular dengan hidangan salted egg, habis semuanya nak kena ada salted egg. 

Jenama kerepek kentang terkemuka Lay’s juga tidak ketinggalan untuk mengeluarkan kerepek kentang perisa salted egg.

BACA: Ini Resepi Kerepek Kulit Popia Salted Egg, Confirm Ketagih!

Untuk pengetahuan anda, snek ini sudah diperkenalkan di China pada 2018 tetapi hanya memasuki pasaran Thailand sahaja sebelum ini.

Jika anda ke Thailand, snek ini antara yang menjadi kegilaan ramai dan mesti kena cuba. Kini anda boleh dapatkan Lay’s Salted Egg di 7-Eleven Malaysia.

Snek ini dijual dengan harga RM3.70 sahaja. Tetapi snek ini hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia sahaja buat masa ini. Diharap, Lay’s Salted Egg ini akan dijual di Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.

Tunggu apa lagi, boleh la borong banyak-banyak dan ajak kawan-kawan untuk terjah cawangan 7-Eleven berhampiran anda.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉