Dilaporkan lebih 45 peratus daripada dua juta penduduk pahang mengalami masalah kegemukan yang boleh menyebabkan mereka ini menghadapi gangguan kesihatan.

Menurut Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, antara penyakit yang paling banyak dikesan ialah darah tinggi yang mencacat 30 peratus daripada jumlah tersebut, manakala kencing manis 17 peratus.

Katanya lagi, peratusan tersebut hampir selari dengan angka di peringkat nasional dan ia merupakan petanda yang tidak baik. Ujarnya lagi, masalah kegemukan boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

BACA: 10 Pekerjaan Yang Buatkan Korang Jadi Gemuk!

“Masalah itu boleh dihindari sekiranya masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersukan, kurangkan makanan berlemak dan berminyak, serta mengamalkan diet yang sihat,” katanya seperti dipetik daripada Malaysia Kini.

Dalam pada itu, Dr Sha’ari berkata mereka yang sering bersenam kelihatan lebih muda daripada usia sebenar kerana banyak mengeluarkan endorphin. Endorphin merupakan hormon yang terhasil dalam badan dan akan keluar apabila seseorang melakukan senaman.

“Penjagaan berat badan ideal dan pemakanan seimbang ini amat penting dan mesti dipandang berat oleh segenap lapisan masyarakat kerana kita mahu menghasilkan rakyat sihat serta cergas,” katanya lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

15 Ketul Nugget Dalam Masa 60 Saat?