Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang lelaki berusia 41 tahun mengahwini isteri ketiganya yang baru saja berusia 11 tahun. Lelaki itu dikecam teruk oleh netizen dan ramai pihak meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkahwinan tersebut.

Terbaru, lelaki tersebut, Che Mohd Karim Che Hamid yang juga seorang peraih getah dikenakan denda sebanyak RM1,800 atas kesalahan berkahwin dengan kanak-kanak berusia 11 tahun dan berpoligami tanpa kebenaran.

BACA: Ini Penjelasan Kanak-Kanak 11 Tahun Kahwin Ustaz

Hukuman dikeluarkan di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang oleh Hakim Mohd Surbaineey Hussain sebanyak RM900 bagi setiap pertuduhan selepas lelaki itu mengaku bersalah terhadap kedua-dua kesalahan tersebut.

Lelaki yang dipercayai sudah mempunyai dua isteri itu dituduh mengikut Seksyen 19 dan Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (No 6) 2002 Negeri Kelantan yang masing-masing boleh membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara dua bulan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa berkahwin tanpa kebenaran mengikut Seksyen 19 Enakmen berkenaan dan dihukum denda berjumlah RM900.

Bagi tuduhan kedua pula, Che Mohd Karim didakwa kerana berpoligami tanpa kebenaran mengikut Seksyen 124 enakmen yang sama dan dikenakan hukuman denda berjumlah RM900.

ARTIKEL BERKAITAN:
Rakyat Malaysia Dilarang Kahwin Di Mekah
Ini Sebab Pasangan Ini Nikah Di Hospital

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Orang Bunuh Diri? | Korea Part 03