Boleh dikatakan setiap hari pasti ada kes mengenai rogol dan cabul yang berlaku di negara kita. Ia membuatkan golongan wanita di negara ini berasa tidak selamat dan membuatkan mereka takut untuk menggunakan pengangkutan awam.

Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan mencabul wanita dalam pengangkutan awam tren Transit Aliran Ringan (LRT) dua minggu lepas.

BACA: Suspek Cabul Di Stesen LRT Akhirnya Ditangkap

Gambar sekadar hiasan

Suspek dikenali sebagai S. Saravanakumar, 27 tahun, pembantu restoran warganegara India, mengaku tak bersalah atas dua tuduhan mencabul dalam LRT.

Malah, dia turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan dua wanita berusia 28 dan 29 tahun.

Mengikut pertuduhan, suspek dituduh melakukan perbuatan itu dari Stesen Taman Bahagia ke Stesen Jalan Universiti pukul 8.40 malam pada 14 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin meminta tertuduh dikenakan jaminan RM15,000 dengan dua orang penjamin warganegara Malaysia dengan syarat tambahan pasport harus diserahkan kepada mahkamah selain perlu melapor diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali.

Namun, tertuduh diwakili peguam Datin Raj Preet Kaur merayu jaminan dikurangkan dan dia bersedia menerima syarat tambahan lain.

Oleh itu, mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM6,000 dengan dua orang penjamin warganegara Malaysia dengan syarat tambahan lain dan menetapkan tarikh sebutan kes pada 24 Januari tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Mangsa Kena Cabul, Orang Ramai Cuma Ketawa?
Umpan Aiskrim Sebelum Cabul

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bayar RM8.50, Boleh Makan Apa Saja?