Kebiasaannya lembu hanya makan rumput sahaja, tetapi berbeza dengan seekor lembu di Kampung Batu 14, Pokok Sena, yang menjadikan biskut dan air kopi sebagai makanan hariannya setiap petang sejak setahun lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Abdul Mutalib Chin, pemilik haiwan tersebut memberitahu, dia menyedari lembunya yang diberi nama Tam itu mula menikmati makanan tersebut apabila dia masuk di ruang tamu dan memakan biskut yang berada di atas meja ketika berusia 18 bulan.

BACA: Belajar Sampai Darjah 6, Kini Jadi Jutawan Lembu

Lembunya yang kini berusia 30 bulan itu juga turut menggemari roti canai dan akan diberikan makanan itu dua atau tiga kali seminggu.

Katanya lagi, pada sebelah pagi lembunya itu akan makan rumpur seperti biasa di laman rumah dan pada sebelah petang pula akan diberikan biskut dan air kopi.

Abdul Mutalib berkata, lembu betina kacukan tempatan dan Bengali yang kini dianggarkan 150 kilogram itu tidak pernah ditambat sejak lahir lagi. Lembu itu juga tidak agresit dan akan segera datang apabila dipanggil.

Ujarnya lagi, Tam adalah lembu paling manja dan penuh kasih sayang yang pernah dibela olehnya dan paling melucukan walaupun berbadan besar, Tam takut akan kucing. Dalam pada itu, Abdul Mutalib dia tidak pernah terfikir untuk menjual lembunya itu kerana telah menganggap seperti ahli keluarganya sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍