Pihak polis di Amerika Syarikat sedang menyiasat kes pecah rumah yang disyaki memproses lolipop bersalut dadah methamphetamine dianggar bernilai RM 4.2 juta.

Sebanyak 272 kilogram dadah dicampur dengan gula-gula kemudian dibentuk menjadi lolipop pelbagai bentuk termasuk watak Batman, lapor CNN.

BACA: China Ingin Tanam Kentang Di Bulan

Sumber dari CNN

Polis menerima laporan pada Isnin lalu mengenai kes pecah rumah sebelum ternampak seorang lelaki dan wanita sedang memindahkan lolipop dadah ke dalam kereta mereka.

“Dadah terlalu banyak dalam kenderaan mereka sehingga pintu tidak boleh ditutup,” ujar Leftenan Ruben Diaz, pegawai polis yang bertugas semalam.

Sumber dari cbsnews.com

Rumah berkenaan dijadikan kilang memproses lolipop bersalut dadah bahkan ia merupakan rampasan pertama yang terjadi di kawasan terbabit.

“Terdapat bukti mereka memproses dadah di bahagian dapur rumah mereka,” kata Ruben di akhir perbualan.

Walaupun kes sebegini berlaku di luar negara, kita juga harus berwaspada dengan lambakan gula-gula atau lolipop yang tidak diketahui sumber bahan digunakan supaya anak-anak kita tidak termakan lolipop bersalut dadah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Dia Letak NUTELLA Banyak Banyak