Kalau dulu tertinggal kerja sekolah, mesti kena rotan dekat tangan atau berdiri dalam kelas. Sekarang ni makin lain macam hukuman cikgu kenakan.

Terbaru, di Kampung Cempedak Lobang, Sumatera Utara, Indonesia, seorang murid dipaksa untuk menjilat tandas kotor sebagai hukuman kerana tetinggal kerja sekolah.

“Anak saya disuruh menjilat tandas sebanyak 12 kali. Selepas jilatan keempat, anak saya terus muntah-muntah,” kata ibu kepada murid tersebut.

Kata ibu kepada murid itu lagi, dia boleh menerima jika anaknya di suruh untuk membersihkan tandas sebagai hukuman, tetapi disuruh untuk menjilat tandas adalah sangat melampau.

Pihak sekolah telah melakukan siasatan dan cikgu tersebut mengaku ada menyuruh murid tersebut untuk menjilat tandas sebagai hukuman. Guru tersebut juga akan dikenakan tindakan disiplin dan ditukarkan ke sekolah lain.