Sebuah kedai berhadapan Masjid Al-Majidi di Sungai Petani, Kedah menjadi tumpuan orang ramai apabila ikan kembong atau lebih dikenali sebagai ikan temenung dijual pada harga ‘luar biasa’ iaitu hanya RM0.05 sen dan RM0.03 seekor.

Tular di media sosial pada Jumaat lalu, orang ramai di penduduk sekitar tidak melepaskan peluang dan sanggup beratur panjang sebaik saja mendapat tahu mengenai jualan ikan murah tersebut.

BACA: Ikan RM5 Sekilo Di Klang?

Salah seorang pembeli, Noraliza Ismail, 38, dari Kampung Zainal Abidin, Bedong, berkata, dia bergegas ke lokasi supaya tidak ketinggalan untuk mendapatkan ikan pada harga yang murah.

“Orang ramai memang tunggu dari awal, sekejap sahaja ikan 5 sen itu habis dijual saya sempat membeli 40 ekor ikan temenung yang dijual pada harga RM0.05 sen seekor dan 20 ekor lagi pada harga RM0.30 sen seekor,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.

Katanya lagi, dia sebelum ini tahu mengenai kedai itu yang sering menawarkan harga ikan lebih murah dari harga pasaran, malah sudah lima kali berkunjung ke situ.

Pemilik kedai ikan Pasar Kampung itu, Khairol Azelan Johari, 37, berkata, sebanyak 10,000 ekor ikan temenung habis dijual dengan ikan berharga lima sen berjumlah 6,000 ekor terjual dalam tempoh 30 minit sebaik saja gerai dibuka pada jam 3 petang.

“Baki ikan tersebut dijual pada harga RM0.30 sen seekor dan habis pada 5 petang. Dari segi harga, ia bergantung kepada bekalan kalau dapat murah kami tawarkan harga murah setakat ini ikan temenung, kami pernah jual pada harga 5 sen, 10 sen dan 30 sen seekor,” katanya.

Menurutnya lagi, bekalan ikan temenung dan hasil laut lain diperolehinya dari Kuala Kedah, Kuala Perlis, Kuala Muda dan Tanjung Dawai.

Kata Khairol lagi, dia akan meneruskan promosi lagi promosi seperti itu bagi membantu meringankan perbelanjaan harian orang ramai.

“Niat saya untuk berkongsi rezeki dan bersedekah… lagi pun ini juga salah satu cara mempromosikan Pasar Kampung yang beroperasi sejak tiga tahun lalu, kepada lebih ramai pelanggan.

“Kedai kami beroperasi setiap hari bermula 3 petang, tetapi waktu promosi harga murah hanya akan dimaklumkan menerusi laman sosial Facebook atas nama ‘Khairol Azelan’,” katanya.

Bagus betul niat peniaga ini yang mahu membantu mereka yang kurang berkemampuan membeli barangan harian. Semoga peniaga seperti ini akan terus dimurahkan rezeki .

ARTIKEL BERKAITAN:
Tahun 2017, Harga Ikan Semakin Gila!
Ikan Bilis Sajat & Fazura Laku Teruk!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!