Susulan perkahwinan kanak-kanak berusia 11 tahun dengan seorang lelaki berusia 41 tahun yang tular di media sosial baru-baru ini, pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) memandang serius isu tersebut.

Berikutan itu, pihak Mais mencadangkan pindaan had umur minimum bagi wanita adalah 18 tahun berbanding 16 tahun dibawah undang-undang sedia ada.

BACA: Ini Penjelasan Kanak-Kanak 11 Tahun Kahwin Ustaz

Cadangan pindaan adalah menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi wanita daripada 16 tahun kepada 18 tahun selaras dengan had umur minimum bagi lelaki Islam di negeri ini dan peruntukan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 itu akan dibawa dalam sidang Dewan Negeri Selangor secepat mungkin.

Dalam masa sama, pihaknya juga memutuskan untuk memperketatkan kelulusan perkahwinan di bawah umur oleh pihak Hakim Mahkamah Syariah dengan mengambil kira kepentingan kanak-kanak terlibat dalam perkahwinan tersebut.

Antara syarat dicadang diperketatkan termasuk mewajibkan hakim mengarahkan kanak-kanak terlibat menjalani beberapa Kursus Kekeluargaan Khas dan sesi menghadiri kaunseling.

Pihak Hakim juga wajib menyiasat kedudukan ekonomi bakal suami, rekod jenayah lampau (sekiranya ada) dan bakal sumai, isteri dan ibu bapa mertua akan dipanggil sebelum sesuatu permohonan dipertimbangkan.

Diharap selepas ini negeri-negeri lain juga boleh mengikut jejak langkah negeri Selangor untuk memastikan masa depan kanak-kanak menjadi fokus utama.

ARTIKEL BERKAITAN:
Lelaki Kahwin Kanak-Kanak 11 Tahun Didenda RM1,800
Tak Perlu Besarkan Isu Kahwin 11 Tahun, Isu LGBT Lagi Besar

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Orang Bunuh Diri? | Korea Part 03