Memang tak salah untuk membawa bekal makanan sendiri ketika melancong bahkan ia dapat menjimatkan sedikit sebanyak kos serta makanan yang dimakan lebih menyakinkan status halalnya. Selain itu, ia dapat memenuhi citarasa kita yang gemarkan masakan pedas.

BACA: Jual Nasi Lemak Sambil Jaga 3 Anak, Jom Bantu Wanita Ini

Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan ketika melancong kerana setiap rakyat Malaysia yang berada di luar negara ibarat duta imej dan nama baik negara.

Semalam, usahawan kosmetik terkenal negara, Dato Aliff Syukri telah kongsikan video di akaun Instagram dan menunjukkan beliau dan keluarga makan bekal yang dibawa ketika bercuti di Switzerland.

Menurut Dato Syukri beliau berasa sedih kerana dihalau dari sebuah restoran kerana hendak menumpang makan di restoran tersebut dan hanya bercadang untuk memesan minuman.

Ekoran daripada itu beliau sekeluarga telah dihalau sehingga memaksa beliau makan bekal yang dibawa di tepi jalan berdekatan kawasan letak kereta.

Video tersebut meraih perhatian chef terkenal Malaysia dan antarabangsa iaitu Datuk Chef Wan dan beliau merasakan tindakan Dato Aliff itu keterlaluan kerana bagi Chef Wan, Dato Aliff bukannya tidak berduit untuk membayar harga makanan di restoran di negara yang terkenal dengan pemandangan yang indah itu.

“U pun satu mana ada restoran yang kasi orang guna tempat mereka untuk makan dan beli air sahaja… Why la makan anak beranak tepi jalan macam tu, there so many park where you can find table to eat when you travel all over Switzerland,” komen Chef Wan yang ditinggalkan di ruangan Instagram Dato Aliff.

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Chef Wan ini kerana beliau sendiri sudah beberapa kali ke negara tersebut untuk pengambaran siri masakannya dan bercuti.

Bahkan Chef Wan turut mengulas dengan lanjut tentang perkara ini di akaun instagramnya tentang bagaimana untuk menjaga imej negara ketika di luar negara terutamanya untuk seorang public figure seperti Dato Aliff Syukri.

Kami turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Chef Wan bahkan beliau mempunyai kredibiliti untuk menegur sikap Dato Aliff yang seperti keterlaluan untuk berjimat sedangkan mempunyai wang untuk makan dengan elok di restoran.

Selain itu ada juga yang sarankan Dato Aliff untuk pilih sahaja mana-mana taman rekreasi yang ada di Switzerland untuk berkelah dan makan bersama keluarganya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Ada Dengan Wonder Cheese?