Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan cahaya mata.Kalau boleh nak anak kembar. Namun tidak semua pasangan diberi peluang untuk memiliki anak kembar. Anak kembar adalah perkara ajaib dan anugerah tidak ternilai.

Namun baru-baru ini, seorang individu kongsikan tips yang boleh diguna pakai oleh pasangan di luar sana untuk mendapatkan anak kembar. Selalunya kalau dapat anak kembar mesti ada sejarah keluarga itu yang pernah ada kembar.

BACA: Pasangan Kembar Cuba Dijual Online Dengan Harga RM15,000

Namun seorang pengguna Twitter kongsikan tips bagaimana caranya untuk mendapatkan anak kembar dengan makan banyak ubi, kentang dan susu. Boleh percaya ke tips ini?

Seorang netizen memberikan komen bersetuju dengan kenyataan tersebut dan memberitahu bahawa dia tidak ada keturunan kembar.  Namun, disebabkan banyak makan kentang, dia menghasilkan anak sulung kembar.

Jangan ghairah cuba nak dapat kembar – Doktor

Dr. Reni Rusani menjelaskan, tidak ada bukti menjelaskan makanan tertentu boleh dapatkan anak kembar. Dia juga menasihati orang ramai agar tidak terlalu ghairah untuk dapatkan anak kembar kerana ianya berisiko tinggi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Boleh Ke Resell G-Shock Sampai RM20,000?