Tak lama lagi Malaysia pun dah macam negara barat bakal ada sistem perkhidmatan tram. Selalunya tram hanya ada di negara luar seperti London dan Australia.

Memetik laporan Astro Awani, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bercadang untuk memasang tram sepanjang 53 kilometer yang bakal menghubungkan Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi.

Sistem itu, yang pertama seumpamanya di negara ini, turut mempunyai akses dengan pengangkutan awam yang lain seperti Transit Aliran Massa (MRT), dan juga Landasan Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura.

SPAD juga memberitahu, pihaknya juga telah menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan mendapati sistem perkhidmatan tram ini adalah lebih bersih, efisyen, serta menjimatkan kos dari segi pembinaan.

Meurut SPAD lagi, cadangab itu sudah dikemukakan kepada kerajaan dan permohonan untuk cadangan itu akan diumumkan dalam masa tiga hingga empat bulan lagi.