Jika di Singapura sedang hangat menceritakan mengenai burger nasi lemak McD yang sudah kehabisan stok akibat sambutan yang sangat menggalakkan, rakyat negara Malaysia pula hangat menceritakan mengenai burger nasi lemak ayam rendang yang dilancarkan oleh sebuah restoran burger tempatan di sini.

BACA: McD Singapura Hidang Nasi Lemak Burger!

Sumber dari twitter.com

Di laman sosial Twitter, akaun rasmi myBurgerLab membuat kejutan dengan memperkenalkan burger terbaru mereka iaitu burger nasi lemak ayam rendang.

Menurut pihak myBurgerLab, mereka memperkenalkan burger terbaru itu sempena sambutan kemerdekaan untuk negara Malaysia, lapor Channel NewsAsia.

Selain itu, tujuan utama burger itu dihasilkan juga bagi memenuhi permintaan orang ramai yang mahukan mereka mencipta burger nasi lemak dan kerana McD di negara ini tidak mempunyai menu burger nasi lemak.

“Kami sebenarnya sudah mencipta resepi ini sejak tiga tahun lepas, tetapi tidak melancarkan menu tersebut kerana kami rasa ia membosankan. Kami fikir siapa yang mahu makan burger nasi lemak jika anda boleh makan nasi lemak?,” ujar pihak restoran itu.

Walau bagaimanapun, rakyat Singapura dikatakan tidak menyenangi perkhabaran pelancaran burger nasi lemak ayam rendang itu.

Sumber dari facebook.com

Sebuah akaun laman sosial Facebook Singapura memuat naik status yang membalas balik promosi yang dilakukan oleh pihak myBurgerLab.

Sumber dari facebook.com

Namun begitu, setiap burger yang dihasilkan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Citarasa setiap orang juga berbeza mengikut pendapat masing-masing.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Burger Nasi Lemak Di Singapore (ENG SUB)