Kajian terbaru mendedahkan, rakyat Malaysia paling menghormati pengetua berbanding 35 negara lain yang mengambil bahagian. Indeks Status Guru Global 2018 memperoleh keputusan itu selepas responden diminta menilai 14 pekerjaan lain termasuk doktor dan pekerja sosial.

Berdasarkan kajian oleh Yayasan Varkey itu, bagaimanapun Malaysia berada di belakang China dalam soal menghormati guru.

BACA: Kajian: Terengganu Paling Ramai Genius

Dalam masa sama, kajian turut melaporkan Malaysia juga merupakan salah sebuah negara selain China dan Rusia yang berasa pekerjaan doktor setaraf dengan guru.

“Kini tanpa curiga, kita boleh mengatakan menghormati guru bukan sahaja tugas moral tetapi penting kepada matlamat pendidikan negara,” menurut pengasasnya Sunny Varkey.

Penemuan lain dalam kaji selidik tersebut turut melaporkan, hampir separuh (49 peratus) rakyat Malaysia menggalakkan anak-anak mereka menjadi guru apabila sudah dewasa.

Kajian menunjukkan 58 peratus rakyat Malaysia menghormati guru mereka berbanding purata 36 peratus.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥