Sangat mengejutkan apabila susulan jerebu yang melanda negara sejak beberapa minggu lalu, Malaysia berada di kedudukan pertama dalam senarai negara dengan pencemaran udara tertinggi dunia.

Ia berdasarkan cerapan indeks pencemaran udara (IPU) oleh World Air Quality Index (WAQI) pada Rabu jam 6.20 pagi, Malaysia mencatat bacaan IPU 266.

BACA: “Jerebu Malaysia Bukan Datang Dari Indonesia” – Menteri

Ia merupakan bacaan tertinggi di dunia, diikuti Afrika Selatan (217), Indonesia (207), India (194) dan Bahrain (177).

Secara keseluruhan, enam kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat termasuk Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu dan Sarikei di Sarawak serta Balik Pulau di Pulau Pinang.

Susulan pendedahan tersebut, rata-rata pengguna Twitter meluahkan rasa tidak puas hati dan memerli negara Indonesia sehingga topik ‘Thanks Indonesia’ kini trending.

Malah, ada yang memberikan status sindiran mengatakan bila mereka mahu ‘claim’ jerebu yang berpunca dari negara mereka.

Terdahulu,  Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya Bakar, mengatakan jerebu di Malaysia bukan datang dari negaranya. Kerajaan negara itu menegaskan, jerebu yang mencetus kebimbangan masyarakat di Malaysia datang dari Sarawak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Goreng Cili Padi