Dengan kepelbagaian agama, kaum, adat dan budaya di Malaysia menjadikan negara kita sangat unik. Namun sejak kebelakangan ini isu tak sedap didengar melibatkan soal agama Islam. Seperti kita tahu hal berkaitan agama adalah isu yang sensitif.

Baru-baru ini tular satu memo menyatakan sebuah masjid di Pulau Pinang iaitu Masjid York Road telah menghadkan waktu operasi dari 9.30 pagi sehingga 9.30 malam bermula 31 Disember ini.

BACA: Netizen Terkejut Masjid Indonesia ‘Booking’ Saf Khas Untuk Menteri

Penularan memo itu sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya bagaimana kariah masjid berkenaan mengerjakan solat subuh berjemaah.

Malah netizen berpendapat bahawa sepatutnya masjid terbabit perlu diimarahkan, bukan perlu dihadkan waktu operasi sehingga tiada azan Subuh dikumandangkan.

Isu itu turut mendapat perhatian Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, notis had operasi itu disahkan tidak terpakai berdasar Kaedah 35 Fungsi Masjid.

Ujarnya lagi, semua masjid perlu dibuka sekurang-kurangnya bagi solat fardu lima waktu, mengikut asas fungsi masjid. Jelasnya lagi, Pengerusi dan ahli jawatankuasa tidak masjid mempunyai kuasa mutlak tetapi hanya sebagai wakil MAIPP sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kambing Golek & Satay Pilihan Hati