Umum mengetahui, Kementerian Kesihatan Malaysia menguatkuasakan peraturan larangan merokok di semua restoran bermula 1 Januari lalu. Perokok hanya dibenarkan merokok 3 meter dari kedai makan.

Meskipun larangan merokok sudah dikuatkuasakan, namun masih ramai perokok degil. Jika peraturan semudah itu tak mampu nak ikut, tidak hairan puntung rokok masih dibuang merata-rata.

BACA: WhatsApp Sekat Talian Hotline Lapor Perokok Di Tempat Awam

Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna Twitter ini menunjukkan seorang pelancong warga Australia yang datang ke Malaysia dan menyediakan botol plastik untuk membuang puntung rokok.

Apa yang menjadi perhatian adalah status pengguna Twitter itu yang membandingkan sikap orang luar dengan sikap orang kita yang buang puntung rokok merata-rata.

Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian ramai netizen yang mengakui pelancong luar terutama dari Australia sememangnya berdisiplin dan sentiasa menjaga alam sekitar.

Malah ada yang mengatakan perkongsian itu sekaligus mencetuskan idea buat si perokok untuk mempraktikkan cara tersebut.

Orang Malaysia hisap rokok lepastu menyusahkan orang

Kadang-kadang orang luar lebih menjaga kebersihan negara kita daripada rakyat Malaysia sendiri. Lihat sahaja sebelum ini tular beberapa pelancong luar yang mengutip sampah di tempat kita.  Jadi tidak hairanlah, masih ramai lagi Malaysia memiliki pemikiran kelas ketiga.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi