Apa saja menu keluaran terbaru restoran makanan segera McDonald’s pasti akan membuatkan ramai teruja.

Jika sebelum ini McD Malaysia ‘Molten Chocolate Pie’ yang tertanya mendapat sambutan luar biasa, nampaknya mereka kembali memperkenalkan beberapa menu pencuci mulut terbaru.

BACA: Suka Sangat McD, Tunku Azizah Tukar Nama Puteri Bongsunya Kepada McJihan

Jika anda sukakan pencuci mulut atau dessert, anda mesti cuba menu terbaru dari McD ini iaitu pie ‘Oreo Cookies & Cream’ dan beberapa seleksi aiskrim iaitu Nestum McFlurry dan Nestum Chocolate McFlurry.

Kesemua menu terbaru itu boleh didapati di cawangan McDonald’s seluruh Malaysia. Harga ditawarkan untuk pie ‘Oreo Cookies & Cream’ hanya RM3.73 manakala harga untuk aiskirm adalah RM6.13.

Tunggu apa lagi, ajak la kawan-kawan untuk terjah cawangan McD berhampiran anda. Ramai yang cakap pie ‘Oreo Cookies & Cream’, tak sabar pula nak cuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥