Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh mendedahkan dianggarkan secara purata, 4,000 remaja perempuan hamil bawah 18 tahun dilaporkan setiap tahun.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, dari tahun 2012 hingga 2016, sebanyak 79,302 kes remaja perempuan hamil bawah 18 tahun telah dilaporkan.

BACA: Tandas Jadi Pilihan Buang Bayi Demi Tutup Malu

Bercakap pada Dewan Rakyat Isnin lalu, Hannah Yeo menjawab soalan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang meminta Kerajaan menyatakan bilangan kes bayi yang dibuang selain rancangan daripada Kerajaan.

“Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia 5 yang dijalankan oleh LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara) pada tahun 2015 turut mendapati pengetahuan mengenai aspek sesksualiti dan kesihatan reproduktif masih lagi rendah dalam kalangan remaja di Malaysia

“Berdasarkan kajian National Health and Morbidity Survey 2017 oleh KKM, dalam kalangan remaja pernah mengadakan hubungan seks, hanya 10 peratus menyatakan pernah menggunakan kaedah kontraseptif bagi mencegah kehamilan,” katanya.

Tambah Hannah, memetik statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejumlah 911 bayi dibuang dari tahun 2010 hingga Ogos 2018 dan 585 daripada jumlah bayi dijumpai tidak bernyawa.

Dalam pada itu, Kementerian akan memperkasa pendekatan relevan bagi mendekati golongan remaja melalui media sosial untuk mereka mendapatkan maklumat bimbingan dan nasihat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉