Mulai 8 Mei 2019, tiada had ditetapkan bagi kadar ketelusan cahaya pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.

Mengikut peraturan terdahulu, ketelusan cahaya tampak ditetapkan pada kadar 30 peratus seperti digariskan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

BACA: Menteri: Minum Minyak Sawit Merah Akan Kekal Awet Muda

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, menerusi pindaan baru itu, ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin depan kenderaan adalah 70 peratus manakala bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu adalah 50 peratus.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata pindaan itu hanya dibenarkan untuk untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja dan tidak membabitkan kenderaan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan.

 

Bagi individu yang mahu menggunakan lapisan filem atau penggunaan kaca lebih gelap atas sebab khusus seperti faktor keselamatan atau kesihatan, boleh membuat permohonan.

Mana-mana individu boleh memohon untuk menggunakan cermin lebih gelap sama ada menerusi menggunakan lapisan filem atau penggunaan kaca lebih gelap yang menjadikan peraturan cahaya tampak adalah kurang, atas sebab khusus seperti faktor keselamatan atau kesihatan.

Bagi setiap permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan, akan dikenakan fi perkhidmatan RM50 bagi setiap permohonan dan setiap permohonan yang diluluskan dikenakan fi RM5,000 bagi tempoh dua tahun.

Individu yang telah diluluskan penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱