Siapa yang tidak gemarkan mi segera, boleh dikatakan makanan ini menjadi kegemaran ramai terutama para pelajar.ย  Malah mi segera juga sering menjadi pilihan setiap kali melancong ke luar negara, dalam masa sama boleh berjimat.

Pasti anda tidak menyangka, bahawa mi segera dari Malaysia antara terbaik di dunia. Malah mi segera dari Malaysia mendominasi antara 10 terbaik. Menerusi portal Los Angeles Times, 3 mi segera dari Malaysia telah dinobatkan antara yang terbaik di dunia.

BACA: Ugut Tumbuk Ibu Hanya Kerana Mi Segera

Difahamkan, Lucas Kwan Paterson yang merupakan penulis untuk Los Angeles Times telah menyenaraikan 10 mi segera terbaik di dunia.

Dalam senarai 10 terbaik itu, mi segera paling sedap di dunia adalah milik Indonesia iaitu Indomie BBQ Chicken dan diikuti MyKuali Penang White Curry dari Malaysia.

Selain itu, Ibumie Mi Goreng Curry Kopitiam turut tersenarai dengan menduduki tangga ke-5 dan MyKuali Penang Spicy Prawn di tangga ke-7.

Nampaknya, selepas ini mi segera jenama MyKuali dan Ibumie pasti akan laku habis di pasaraya. Tak sabar rasanya nak mencuba ketiga-tiga mi segera tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami diย Facebookย danย Instagram

Roti Bakar Wajib Terjah Kalau Datang Pulau Pinang! ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ