Sebut je minuman kurma susu, menu ini memang sinonim dengan menu sahur untuk ibu hamil dan anak-anak yang baru nak belajar puasa.

Siapa yang liat sangat nak bangun sahur, atau pun masih rasa lapar walaupun dah makan banyak waktu sahur, wajib amalkan minuman ini. Memang boleh tahan lapar berjam-jam lamanya.

BACA: Masuk Islam Sebab Azan

Boleh cuba petua tahan lapar yang dikongsikan oleh Puan Nana Ruzanna yang sedang hamil dan boleh bertahan puasa sehingga 19 jam lamanya. Menurutnya, dengan mengamalkan minuman tersebut, perut rasa kenyang sepanjang hari walaupun sahur tak makan nasi.

Tambahnya lagi, badan kurang rasa letih dan bila berbuka pun tidak gelojoh untuk makan macam-macam. Siapa yang memamg tak boleh tahan puasa pun boleh amalkan minuman ini. Mudah je cara nak membuatnya.

Hanya perlukan 3 bahan sahaja:

Kurma 5 biji (kurma tak kisah nak letak banyak mana tapi digalakkan dalam bilangan ganjil ikut sunnah Nabi)

Air masak setengah cawan

Susu segar satu cawan

Cara membuatnya:

1. Kurma dibuang biji dan isinya dicarik-carik

2. Rendam dalam setengah cawan air masak. Biarkan rendam sampai kurma kembang. Biasa saya akan rendam dalam pukul 7pm dan minum masa sahur dalam pukl 2.20am. Buat yang di Malaysia, sebelum tidur boleh rendam dan minum ketika sahur esoknya. Rendam sekejap pun tak ada asalkan kurma tu kembang.

3. Bila kurma sudah mengembang, boleh kisar bersama secawan susu segar. Minum ketika penutup sahur. Kiranya dah nak imsak baru minum.

4. Jangan lupa selawat ke atas Nabi dan doa mohon Allah permudahkan puasa kita.

Siapa yang selalu ponteng puasa sebab tak tahan lapar tu boleh cuba amalkan. Mana tahu boleh puasa penuh tahun ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Mana Hilangnya Lubang Kuih Keria? #VitdailyGoCarMelaka