Walaupun ia kedengaran agak mustahil, namun itulah yang berlaku di Indonesia apabila satu fenomena alam yang jarang sekali berlaku di dunia iaitu hujan hanya membasahi satu rumah sahaja di Jalan Tebet Barat Dalam 1, Nombor 18, Jakarta Selatan.

BACA: Tangan Besar, Dipanggil Syaitan

Sumber dari liputan6.com

Pemilik rumah tersebut, Ahmad Muzakkir tidak menyedari insiden itu berlaku pada waktu petang kerana dia sedang bermain catur di dalam rumah bersama jirannya.

Pada mulanya, dia menyangka cuaca hujan di seluruh kawasan perumahannya namun ia berlaku sebaliknya. Hujan berkenaan hanya turun di rumahnya apabila dia keluar untuk melihat fenomena aneh itu.

Sumber dari detik.com

Berikutan itu, penduduk kawasan tersebut tertarik untuk melihat kejadian itu secara dekat malah ada kanak-kanak turut bermandi air hujan di hadapan rumahnya.

Walau bagaimanapun, hujan tersebut turun secara berterusan hingga ke malam dan Muzakkir tidak membuat apa-apa tanggapan mengenai kejadian aneh yang berlaku itu dan membiarkan orang ramai yang menyimpan air hujan turun di kawasan rumahnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Jangan Telan Air Liur Tengok Video Ini